Program Kami
Program-program kami tertumpu kepada pemerkasaan pelajar-pelajar berpotensi tinggi dari golongan berpendapatan rendah dari segi akses ke pengajian peringkat tinggi melalui program-program utama kami yang tersasar kepada 3 fasa penting dalam kehidupan mereka.
Melangkah ke Alam Pengajian Tinggi
Closing
The Gap
Pelajar-pelajar sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan rendah sering berhadapan dengan pelbagai masalah yang menghalang mereka untuk melanjutkan pelajran ke peringkat tinggi.
Antara masalah dan halangan tersebut yang telah dapat kami kenalpasti adalah kekurangan dalam bentuk kemahiran, pengetahuan, peluang dan sumber kewangan
Closing The Gap (CTG) pada asalnya adalah sebuah program yang dikelolakan oleh sebuah badan bebas, namun pada 2019, program tersebut telah diperolehi oleh Yayasan TAR sebagai program untuk merapatkan jurang akses kepada pengajian tinggi.
CTG memberikan sokongan kepada pelajar sekolah menengah yang datang dari keluarga kurang berkemampuan melalui bimbingan berstruktur yang melengkapkan mereka dengan penetapan minda, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai aspirasi pengajian peringkat tinggi mereka.
Kemahiran
Mengasah kemahiran dan kecekapan yang ada pada Tunku Scholar agar ianya boleh digunapakai oleh mereka untuk berdaya saing sewaktu melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi, contohnya seperti kemahiran komunikasi dan penyelidikan.
Pengetahuan
Mengembangkan pengetahuan Tunku Scholar mengenai pilihan laluan pendidikan yang tersedia selepas tamat sekolah menengah dan bagaimana mereka boleh mempersiapkan diri mereka secara efektif.
Bagaimana Kami Lakukannya?
Program berstruktur oleh Yayasan TAR memastikan semua pelajar tajaan kami menerima sokongan khusus yang penting untuk perkembangan kendiri mereka dan mempersiapkan mereka untuk berjaya di institusi pengajian tinggi.
Mentoring
Setiap Tunku Scholar diletakkan dibawah bimbingan seorang Mentor yang akan membimbing mereka dalam merancang perjalanan pengajian tinggi mereka serta perkembangan kendiri mereka selama 2 tahun. Mentor-mentor kami terdiri daripada sukarelawan dari pelbagai latar belakang profesional dan akademik.
Bengkel & Kem
Setiap Tunku Scholar akan menghadiri pelbagai bengkel dan kem untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran, jaringan sosial (networking) dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya di alam pengajian selepas sekolah menengah.
Peluang Pembangunan
Tunku Scholar juga mendapat akses kepada pelbagai peluang pengayaan tambahan seperti latihan amali/praktikal, pelatih pendamping (job shadowing), dan pelbagai program lain untuk meningkatkan lagi perkembangan kendiri mereka.
Fokus Kami
Tumpuan utama Program Closing The Gap adalah untuk melengkapkan Tunku Scholar dengan penetapan minda, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk melangkah ke alam pengajian tinggi.
Penetapan Minda
Membina penetapan minda Tunku Scholar yang berdaya tahan kerana ianya penting bagi mereka untuk menangani cabaran dan untuk meningkatkan keyakinan diri mereka mencapai matlamat yang lebih tinggi.
Berdaya Saing di Peringkat Pengajian Tinggi
Biasiswa
Tunku Abdul Rahman
Biasiswa Tunku Abdul Rahman adalah biasiswa komprehensif bagi pengajian ijazah sarjana muda yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia—terutamanya pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan — yang mempunyai komitmen yang kuat untuk menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia.
Biasiswa komprehensif ini memfokuskan kepada pembangunan belia melalui program pembangunan kepimpinan yang wajib selama 2 tahun.
Program Pembangunan Kepimpinan
Semua pelajar Tunku Scholar akan menjalani Program Pembangunan Kepimpinan selama 2 tahun yang merangkumi penglibatan mereka di persidangan-persidangan kepimpinan, peluang pembangunan kendiri serta bimbingan daripada mentor.
Kebolehpasaran
Pemupukan bakat dan kemahiran untuk masuk ke alam pekerjaan di pelbagai industri.
Apa Yang Ada Dalam Biasiswa Tunku Abdul Rahman?
Biasiswa Tunku Abdul Rahman menyediakan pakej elaun yang komprehensif serta program pembangunan kepimpinan selama 2 tahun untuk memperkasakan pelajar agar dapat berdaya saing di universiti dan seterusnya.
Elaun Komprehensif
Semua pelajar Tunku Scholar akan menerima pembiayaan penuh bagi yuran pengajian, elaun bulanan dan elaun tahunan bagi mengurangkan jurang sosial dan memastikan pelajar dapat berdaya saing di universiti.
Program
Pembangunan Kepimpinan
Di Yayasan TAR, kami berusaha untuk membentuk graduan Tunku Scholar yang berkarisma, yang mampu memberikan impak dan perubahan positif dalam masyarakat. Program Pembangunan Kepimpinan Biasiswa Tunku Abdul Rahman disandarkan dan dibina atas tiga paksi utama iaitu: Etika dan Nilai, Kepimpinan Komuniti, dan Kebolehpasaran.
Etika dan Nilai
Menyemai nilai-nilai murni yang diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman dalam membentuk pemimpin-pemimpin yang tulus, beretika dan berwibawa - samada dari segi peribadi mahupun profesional.
Kepimpinan Masyarakat
Membangunkan corak pemikiran yang mementingkan kelangsungan hidup masyarakat agar dapat berkhidmat dengan berkesan. Semua Tunku Scholar akan diberikan satu tugasan projek khidmat masyarakat yang dapat memberi manfaat kepada komuniti mereka, di sepanjang tempoh program kepimpinan ini.
Kejayaan dalam Masyarakat
FutureReady
Program FutureReady bermatlamat untuk memperkasakan belia yang kurang berkemampuan untuk berdaya saing dalam pasaran kerjaya graduan yang begitu kompetitif pada masa ini.
Dengan kerjasama bersama Accenture Malaysia, program FutureReady membantu untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang-bidang utama untuk memastikan mereka mendapat pekerjaan dalam industri perkhidmatan profesional.
Program FutureReady direka untuk mempertingkatkan kemahiran profesional pelajar melalui aktiviti bengkel, bimbingan mentor dan pembentangan kertas kerja cadangan penyelesaian bagi sesuatu masalah atau idea.
Bimbingan Mentor
Peserta akan berpeluang mendapat bimbingan mentor, panduan serta peluang membina jaringan sosial (networking) dengan ahli-ahli korporat profesional yang berpengalaman dalam industri perundingan.
Pembentangan Penyelesaian
Peserta akan membentangkan kepada satu panel hakim cadangan penyelesaian bagi tugasan kajian kes simulasi yang diberikan kepada mereka - pembentangan yang terbaik akan mendapat biasiswa pengajian.
Peserta diberi latihan individu dalam kemahiran dan pengetahuan asas perundingan.
Shine (Menyerlah)
Semua pasukan akan membentangkan penyelesaian kajian kes mereka secara bersemuka kepada panel hakim.
Fokus Kami
Program FutureReady direka untuk mempertingkatkan kemahiran profesional pelajar melalui aktiviti bengkel, bimbingan mentor dan pembentangan kertas kerja cadangan penyelesaian bagi sesuatu masalah atau idea.
Bengkel
Peserta akan diberi latihan kemahiran profesional dalam pengurusan projek, penyelesaian masalah dan pembentangan kertas kerja melalui sesi-sesi yang dianjurkan oleh perunding dan pengamal industri.
Cara Kami
Program FutureReady menerapkan tiga konsep utama dalam proses peningkatan kemahiran profesional: Define, Refine, dan Shine.
Define (Menakrif)
Refine (Menghalusi)
Peserta diberi cabaran untuk menghasilkan penyelesaian perniagaan yang inovatif untuk menyelesaikan masalah dalam satu kajian kes.
Kejayaan dalam Masyarakat
Program-Program Lain
Selain daripada 3 program utama kami, kami juga menjalankan beberapa program lain dalam usaha kami untuk memperkasakan pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi dan berkelayakan:
Anugerah Pingat Tunku mengiktiraf graduan universiti awam yang mencapai kecemerlangan luar biasa dalam bidang akademik dan kepimpinan, serta mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pembentukan masa depan Malaysia yang lebih baik.
Bangunkan Pembina Negara.
Jadi Rakan Usahasama Kami.
Marilah bersama kami memperkasa dan membimbing generasi baharu pemimpin Malaysia untuk membentuk masa depan yang lebih cemerlang untuk mereka dan untuk keseluruhan Masyarakat.
Penajaan
Scholar
Tajaan sebanyak RM120,000 membolehkan seorang Tunku Scholar mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi dan untuk menyumbang kepada komuniti mereka.
Sumbangan
Dana
Bantu seorang Tunku Scholar dalam perjalanannya di pengajian tinggi atau pertingkatkan lagi nilai sumbangan anda dengan menyumbang kepada dana endowmen kami.
Rakan
Usahasama
Percepatkan pembangunan Tunku Scholar dengan menyediakan peluang untuk pembangunan kendiri, kerjaya dan jaringan sosial (networking).