Mencapai pendidikan tinggi adalah hanya satu aspek, tetapi untuk maju adalah aspek yang lain.
Biasiswa Tunku Abdul Rahman ialah biasiswa Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar berpotensi tinggi dan bercita-cita untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia.
Memandangkan Biasiswa memberi tumpuan kepada pembangunan holistik dan kecemerlangan berasaskan nilai dalam pengalaman, penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk memulakan perubahan sebagai pemimpin muda dalam komuniti dan negara.
Biasiswa
Tunku Abdul Rahman
Biasiswa Tunku Abdul Rahman berasaskan dan dibina atas tiga tunjang utama:
Pendekatan Inklusif
Biasiswa ini memberi penekanan untuk mengenal pasti, memilih dan memperkasakan pelajar yang berasal daripada pelbagai latar belakang di Malaysia, terutamanya mereka yang daripada komuniti kurang bernasib baik untuk membentuk komuniti pemegang biasiswa Tunku yang bersatu-padu.
Elaun Komprehensif
Biasiswa ini menyediakan sokongan penuh merangkumi yuran pengajian, elaun bulanan dan tahunan untuk mengurangkan sekatan kepada pelajar dan memastikan pelajar untuk terus maju di universiti.
Pembangunan Holistik
Pemegang biasiswa akan menjalani program pembangunan kepimpinan selama 2 tahun untuk mempersiapkan diri sebagai duta bagi nilai kami dan berkhidmat kepada Malaysia.
Sokongan Kewangan
Biasiswa Tunku Abdul Rahman menyediakan sokongan kewangan yang khusus dalam bidang berikut :
Yuran Universiti
Tajaan penuh yuran pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta yang diiktiraf MQA untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.
Elaun sara hidup akan diberikan pada setiap bulan sepanjang tempoh penerimaan biasiswa.
Elaun Bulanan
Elaun Tahunan
Elaun pembangunan profesional untuk peningkatan diri penerima biasiswa. Dana ini juga boleh dimanfaatkan untuk projek komuniti (rujuk di bawah). Elaun alat tulis dan buku juga turut disediakan.
Bagi menampung perbelanjaan lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian formal atau penerbangan (untuk penerbangan antara Malaysia Timur dan Semenanjung sahaja).
Elaun Sekali
Program Pembangunan
Kepimpinan
Dalam Yayasan ini, kami sedaya upaya berusaha untuk membimbing penerima biasiswa Tunku supaya menjadi seorang individu yang akan memberi perubahan bermakna dalam komuniti. Program Pembangunan Kepimpinan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibina di atas tiga asas utama:
Etika dan Nilai
Menyemai nilai-nilai yang diilhamkan oleh Tunku untuk membina pemimpin yang berakhlak mulia dan mempunyai sifat belas kasihan secara peribadi dan profesional.
Pemimpin Komuniti
Pembangunan minda berfokuskan kepada perkhidmatan untuk berjasa kepada komuniti dengan meninggalkan impak yang bermakna.
Kebolehpasaran
Memupuk bakat dan kemahiran penerima biasiswa kami dalam laluan kerjaya yang pelbagai untuk berjaya di tempat kerja.
Semua penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman akan menjalani program pembangunan kepimpinan selama 2 tahun :
Penerima biasiswa akan menghadiri kem dan bengkel untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis dan kemahiran komunikasi dua hala mereka.
Syarat Kelayakan
Kriteria Umum
Biasiswa ini terbuka kepada bakal pelajar dan juga pelajar yang sedang meneruskan pembelajaran ijazah sarjana muda di universiti awam atau swasta yang diiktirafkan oleh MQA.
Bagi pelajar yang belum meneruskan ijazah sarjana muda: Anda dikehendaki menamatkan pra-universiti dan juga menyambung dalam ijazah sarjana muda selewat-lewatnya pada Mac 2025.
Bagi pelajar yang sedang
meneruskan ijazah sarjana muda: Anda harus mempunyai 2 tahun baki dalam pengajian anda.
Pemohon yang baru menamatkan program pra-universiti akan diberikan tawaran bersyarat tertakluk kepada penerimaan tawaran pengajian dari universiti tempatan yang diiktiraf MQA (awam atau swasta).
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang:
Pernah atau sedang menghadapi cabaran yang sukar.
Menunjukkan potensi kepimpinan dan menunjukkan nilai YTAR.
Calon yang datang daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan.
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) bagi tahun 2024 akan dibuka pada 8 Februari 2025.
Proses Permohonan
Borang Permohonan
Hantar borang permohonan biasiswa sebelum tarikh tutup.
Temuduga & Penilaian
Pemohon yang disenarai pendek akan dijemput untuk menghadiri sesi temu duga dan penilaian atas talian.
Penganugerahan Biasiswa
Pemohon yang disenaraipendekkan akan menerima surat tawaran dan memulakan perjalanan biasiswa.
Jika anda mempunyai soalan yang belum dijawab, anda boleh rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk bantuan.
Biasiswa Rakan Kongsi
Pemohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman boleh memohon biasiswa kami dengan kerjasama rakan kongsi kami dari universiti korporat dan swasta. Biasiswa rakan kongsi termasuklah:
Biasiswa AHAM- YTAR bekerjasama dengan AHAM Asset Management Berhad untuk menyokong pemimpin muda dari universiti awam tempatan dalam kursus yang terpilih.
DANA TIE - YTAR
Biasiswa Towards Inclusion and Equity (TIE) - YTAR bekerjasama dengan Asia Philanthropy Circle untuk menyokong pelajar dari universiti awam tempatan.
Biasiswa Yayasan Universiti Teknologi PETRONAS (YUTP) - Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) menyokong pelajar untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS.
Biasiswa Universiti Nottingham Malaysia (UNM) - YTAR menyokong pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Nottingham Malaysia.
Biasiswa Heriot-Watt University Malaysia (HWUM) - YTAR menyokong pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di Universiti Heriot-Watt Malaysia.
Biasiswa Yayasan Management and Science University (YMSU) - YTAR menyokong pelajar untuk melanjutkan pengajian di Management & Science University
Biasiswa Yayasan Universiti Multimedia (YUM) - YTAR menyokong pelajar untuk melanjutkan pengajian di Universiti Multimedia.
Penerima Biasiswa
Tunku Kami
Baca kisah penerima biasiswa Tunku kami yang lepas tentang program ini!
Biasiswa ini lebih daripada bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program Biasiswa telah membantu saya untuk berkembang maju di universiti dengan program pembangunan kepimpinan holistik yang merangkumi sokongan dan bimbingan peribadi serta akses kepada rangkaian luas pemimpin muda Malaysia.
Shashivarmaan
Penerima Biasiswa Tahun 2019
Biasiswa Tunku Abdul Rahman telah membolehkan saya mengakses pendidikan tinggi dan berkembang maju dalam pendidikan saya dengan elaun dan sokongan komprehensif yang telah membantu membuka peluang untuk mengembangkan potensi kepimpinan saya dan berkhidmat kepada komuniti saya di Sabah.
Sarniezah
Penerima Biasiswa Tahun 2020
Berasal dari keluarga berpendapatan rendah, saya tidak pasti sama ada ijazah universiti berada dalam jangkauan saya dan bersedia untuk bekerja selepas menyambung diploma. Walau bagaimanapun, Biasiswa Tunku Abdul Rahman menjadikan impian saya menjadi kenyataan dan saya selangkah lebih dekat untuk menjadi seorang Jurutera Perisian.
Tan Wei Siang
Penerima Biasiswa Tahun 2021
Bangunkan Pembina Negara.
Jadi Rakan Usahasama Kami.
Bersama kita memperkasa dan menyokong pembentukan generasi baharu pemimpin demi masa depan yang lebih cemerlang untuk mereka dan negara Malaysia.
Penajaan
Scholar
Tajaan sebanyak RM120,000 membolehkan seorang Tunku Scholar mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi dan untuk menyumbang kepada komuniti mereka.
Sumbangan
Dana
Bantu seorang Tunku Scholar dalam perjalanannya di pengajian tinggi atau pertingkatkan lagi nilai sumbangan anda dengan menyumbang kepada dana endowmen kami.
Rakan
Usahasama
Percepatkan pembangunan Tunku Scholar dengan menyediakan peluang untuk pembangunan kendiri, kerjaya dan jaringan sosial (networking).