Mengiktiraf Kepimpinan Legasi Tunku

Setiap tahun sejak tahun 1979, Anugerah Pingat Tunku telah dianugerahkan kepada graduan-graduan cemerlang universiti tempatan yang telah mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dan nilai-nilai murni Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman.
Pemilihan penerima anugerah ini adalah berdasarkan ciri-ciri holistik para graduan yang telah menunjukkan keupayaan mereka untuk memimpin, memberi inspirasi dan menggerakkan perubahan dalam komuniti mereka dan juga negara.
Pada tahun 2010, anugerah ini telah diperkembangkan kepada tiga kategori iaitu emas, perak dan gangsa. Sejak tahun 2020 pula, penerima anugerah turut menerima geran dana untuk menganjurkan projek komuniti pilihan mereka, bagi menggalakkan semangat menyumbangkan khidmat masyarakat yang penuh impak untuk membentuk Malaysia yang lebih sejahtera.
.jpg)
Menjunjung Legasi Tunku
Penerima Anugerah Pingat Tunku telah menghidupkan semangat Tunku Abdul Rahman dengan komitmen padu mereka terhadap pembinaan Malaysia yang progresif, inklusif dan bersatu.
Penerima-penerima Anugerah Pingat Tunku telah menggunakan hadiah geran dana mereka untuk memperkasakan masyarakat melalui pelbagai inisiatif seperti program khidmat kesihatan masyarakat, platform e-dagang untuk ibu-ibu tunggal dan program intervensi literasi bahasa Inggeris untuk golongan berpendapatan rendah.
Selain projek komuniti, penerima-penerima Anugerah Pingat Tunku juga telah menyokong program-program anjuran Yayasan TAR dengan menjadi mentor dan membimbing penerima-penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman dan pelajar sekolah menengah dalam program akses pendidikan tinggi Yayasan Tunku Abdul Rahman iaitu Closing The Gap.
Kisah Anugerah Pingat Tunku
Penerima-penerima Anugerah Pingat Tunku merupakan perintis yang telah melalui jalan berliku selain turut menjadi ejen perubahan yang berusaha untuk membawa transformasi positif dalam masyarakat mereka dan juga negara. Kenalilah mereka dengan lebih dekat dengan menonton kisah mereka disini.
Anugerah Pingat Tunku 2017, Emas
Alex Choo Wen Chun
Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah Pingat Tunku 2019, Emas
Dr Aswinkumar A/L Gunasekaran
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Anugerah Pingat Tunku 2020, Gangsa
Siti Nurainin Nabillah binti Mohd Azman
Universiti Malaya
Bangunkan Pembina Negara.
Jadi Rakan Usahasama Kami.
Marilah bersama kami memperkasa dan membimbing generasi baharu pemimpin Malaysia untuk membentuk masa depan yang lebih cemerlang untuk mereka dan untuk keseluruhan Masyarakat.



Penajaan
Scholar
Tajaan sebanyak RM120,000 membolehkan seorang Tunku Scholar mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi dan untuk menyumbang kepada komuniti mereka.
Sumbangan
Dana
Bantu seorang Tunku Scholar dalam perjalanannya di pengajian tinggi atau pertingkatkan lagi nilai sumbangan anda dengan menyumbang kepada dana endowmen kami.
Rakan
Usahasama
Percepatkan pembangunan Tunku Scholar dengan menyediakan peluang untuk pembangunan kendiri, kerjaya dan jaringan sosial (networking).