Bahasa Malaysia | English
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
 

MAKAN AMAL YTAR

Semasa YB Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad (kini YABhg Tun) menjadi Pengerusi YTAR, beliau telah menyusun semual pentadbiran YTAR dan memperkenalkan hadiah-hadiah pelajaran dan anugerah-anugerah khas. Usaha ini telah diteruskan sehingga ke hari ini.

Oleh yang demikian, YTAR telah mengadakan majlis Makan Amal YTAR untuk memperkenalkan semula YTAR kepada orang ramai. Majlis Makan Amal YTAR yang pertama telah diadakan pada 20 Februari 1979 di Hotel Hilton Kuala Lumpur sempena ulang tahun keputeraan YTM Tunku yang ke-76.

Majlis yang gilang-gemilang itu telah dihadiri oleh YTM Tunku serta menteri-menteri kabinet, duta-duta, ahli-ahli parlimen, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dan tokoh-tokoh korporat tempatan dan antarabangsa. Acara kemuncak majlis itu ialah penyampaian anugerah Pingat Tunku.

Mulai 1992, majlis Makan Amal YTAR dan penyampaian anugerah Pingat Tunku menjadi acara tahunan YTAR dan terus mendpat sokongan memberangsangkan daripada pelbagai pihak, terutamanya tokoh dan warga korporat serta agensi-agensi kerajaan.

Majlis ini juga membolehkan syarikat-syarikat korporat menyumbang derma untuk menambah dana YTAR.

Dengan sokongan pelbagai pihak itu YTAR akan terus dapat memberikan sokongan kewangan melalui skim biasiswa dan pinjaman kepada bakal graduan yang layak bagi mengikuti program pengajian sama ada di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).


BTAR

BPTAR

DTAR

PPTAR

 

 

 

 

 

Home | Sejarah Penubuhan | YTAR | Pemberian | Penerimaan | Tunku Scholars | Hubungi Kami  
Senarai Pemberi Biasiswa Lain