Bahasa Malaysia | English
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
 

ANUGERAH PINGAT TUNKU

"Jikalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Pepatah Melayu ini memberikan intipati kepada Anugerah Pingat Tengku yang diperkenalkan oleh YTAR semenjak 2010. Anugerah ini merupakan simbol penanda aras kecemerlangan bakal pemimpin sejajar dengan falsafah pepatah tersebut yang menyimpul matlamat, visi dan misi penubuhan YTAR pada 1966.

Penganugerahan pingat ini adalah simbolika usaha yang tidak mengenal penat lelah seorang graduan mendokong aspirasi YTM Tunku serta penubuhan YTAR. Kecemerlangan sifat kepimpinan yang penuh wibawa, ketinggian akhlak peribadi, pengkayaan kendiri yang berterusan seiringan dengan kecemerlangan akademia graduan.

Calon-calon penerima anugerah ini melalui satu proses saringan yang mapan. Anugerah ini terbuka bukan sahaja kepada Tunku Scholars malah kepada semua graduan di seluruh IPTA tempatan yang memenuhi kriteria dan syarat.

Kriteria dan pra-syarat calon Anugerah Pingat Tengku seperti berikut:

(a) PGNK 3.80 ke atas

(b) Penerima anugerah dekan graduan cemerlang IPTA dan dicalonkan oleh IPTA masing-masing

Selepas proses saringan berlangsung, calon-calon yang tersenarai pendek akan menghadiri sesi temuduga yang dikendalikan sendiri oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR.

Penerima Anugerah Pingat Tunku

Kategori Emas

2010 - Danial bin Abdul Rahman - UIA Perundangan (Tunku Scholar)

2011 - Ng Rong Xiang - UM Perubatan (Tunku Scholar)

2012 - Ahmad Zaim Azizool Arif - UIA Ekonomi

2013 - Azmad Kareem Anwardeen - UIA Perubatan

2014 - Ana Masara binti Ahmad Mokhtar -UPM Sains Bioperubatan

2015 - Sathish Rao a/l Apalanaidu - UPSI Pengajian Moral (Tunku Scholar)

- Mohamad Hafizee bin Abdullah - UTM Kejuruteraan

2016 - James Lian Yoon Chen - USM Doktor Pergigian (Tunku Scholar)

 


BTAR

BPTAR

DTAR

PPTAR

 

 

 

 

 

Home | Sejarah Penubuhan | YTAR | Pemberian | Penerimaan | Tunku Scholars | Hubungi Kami  
Senarai Pemberi Biasiswa Lain