YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
 

PENERANGAN LOGO YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Pengenalan:

Logo YTAR ini disalur galurkan daripada logo peribadi Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman (Tunku) yang telah diubahsuaikan untuk kegunaan YTAR. (Lihat versi Flash)

Penerangan:

Kubah masjid:
Melambangkan nilai-nilai murni yang didokong oleh agama Islam seperti kesucian, keikhlasan, kejujuran dan sebagainya.

Bunga Raya: 
Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Justeru, ia melambangkan bahawa YTAR adalah satu pertubuhan bersifat nasional bukan kenegerian atau berasaskan etnik. Sumbangan YTAR harus merentasi semua warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.

Obor: 
Obor melambangkan penyuluh ke arah pencarian ilmu pengetahuan yang membolehkan seseorang itu menjadi insan yang berilmu, berketerampilan, berfikiran terbuka dan berakhlak tinggi. Ini sejajar dengan fungsi YTAR memberi bantuan untuk pengajian tinggi.

'Sphinx':
Pada satu ketika Tunku pernah memenangi satu hadiah berupa hasil seni aneh yang mempunyai gambar 'sphinx' (raksaksa dalam mitos Yunani purba). Sphinx ini juga terdapat pada logo sesetengah universiti di Britain, termasuk sebuah kolej di Universiti Cambridge tempat Tunku menuntut. Ia melambangkan aspirasi YTAR menjadi sebuah petubuhan yang kukuh, besar dan terkenal.

Warna Emas: 
Ia melambangkan unsur diraja yang berkaitan dengan asal-usul Tunku sebagai seorang putera raja.

Warna Biru: 
Melambangkan cinta, harmoni, kesepakatan, dan perpaduan yang dicita-citakan supaya wujud dan bersemarak di kalangan masyarakat Malaysia.

 

 

 

 

Home | Sejarah Penubuhan | YTAR | Pemberian | Penerimaan | Tunku Scholars | Hubungi Kami  
List of Other Scholarship Providers